Wahab hantar surat tuntutan kepada pegawai J-Kom

Wahab hantar surat tuntutan kepada pegawai J-Kom

Peguamnya Faizal Rahman berkata surat tuntutan dihantar kepada dua pihak.

Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dikatakan menghantar surat tuntutan kepada seorang pegawai J-Kom dan ahli Bersatu.
PETALING JAYA:
Pembantu Pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, dikatakan menghantar surat tuntutan kepada seorang pegawai jabatan itu, berkait video tular yang dikaitkan dengannya dan bekas ketua pengarah, Mohammad Agus Yusoff.

Wahab juga dikatakan menghantar surat tuntutan kepada seorang ahli Bersatu, berkait isu sama.

Peguam Wahab, Faizal Rahman, memaklumkan surat tuntutan sudah dihantar kepada dua individu itu.

“Setakat ini, arahan diberikan (Wahab) adalah keluarkan surat tuntutan saman kepada dua individu ini berhubung penularan video lucah,” katanya menurut Berita Harian.

Ditanya mengenai individu dikenali sebagai Mr H, yang didakwa dalang isu itu, Faizal berkata pendedahan identiti individu tersebut diserahkan sepenuhnya kepada polis.

Sebelum ini, Agus dengan tegas mendakwa video perbualan tular yang dikaitkan dengan dirinya sebagai disuai pinda dan disunting.

Beliau mengkritik penularan video itu, mengatakan pihak tertentu menggunakan tuduhan seksual terhadapnya.

Wahab menyokong dakwaan bahawa video tersebut disunting, oleh pihak yang cuba menjatuhkan reputasi Agus.

Beliau memperkenalkan dirinya sebagai orang yang diarah untuk merakam perbualan video dengan Agus itu, dan mendakwa komplot “didalangi oleh individu-individu berjawatan tinggi di dalam J-Kom”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.