Mayat penuntut kolej ditemui dalam rumah

Mayat penuntut kolej ditemui dalam rumah

Mayat lelaki warga Yaman yang sudah berbau busuk itu ditemui di atas katil apartmen sewanya.

Polis berkata, mayat lelaki terbabit dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. (Gambar Pixabay)
PETALING JAYA:
Mayat seorang penuntut kolej swasta yang sudah berbau busuk ditemukan di atas katil di apartmen sewanya dekat Jalan Metro Pudu 2, di sini, semalam.

Mayat lelaki warga Yaman berusia 24 tahun itu ditemui kira-kira 5 petang selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, berkata, mayat berkenaan dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Proses bedah siasat terhadap mayat lelaki berkenaan akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Setiawangsa, hari ini, menurut Berita Harian.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Aidi Ismail hadir pada Majlis Perasmian Balai Polis Setiawangsa.

Selain itu, Ashari berkata polis setakat ini mengklasifikasikan kes penemuan mayat itu sebagai mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.