
“Saya ucapkan tahniah kepada Samsuri atas kemenangan, mudahan dapat jalankan tugas yang baik.
“Dari segi negara dia berikan sedikit kelegaan kerana imej lebih sederhana berbanding sikap pimpinan PAS yang nampak jauh lebih ekstrem,” kata Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Profesion Teknikal 2023.
Sabtu lalu, naib presiden PAS lebih dikenali sebagai Dr Sam itu mempertahankan Parlimen Kemaman selepas menumpaskan calon Barisan Nasional, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti 37,220 undi.
Menteri besar Terengganu itu meraih 64,998 undi manakala Raja Affandi, bekas jeneral mendapat 27,778 undi.
Margin undi diperolehnya lebih besar berbanding 27,179 undi majoriti dimenangi calon PAS, Che Alias Hamid pada PRU15 November lalu. Kemenangan Che Alias dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya pada September lalu susulan rasuah pilihan raya.