SPAN mahu jadi pengantara selesai masalah bekalan air

SPAN mahu jadi pengantara selesai masalah bekalan air

Baru-baru ini, penduduk kampung Langkawi mengadakan protes selepas kali kedua berturut-turut pada Deepavali terjejas bekalan air.

Pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengadakan pertemuan bersama penduduk kampung Langkawi. Lebih banyak pertemuan seperti itu akan dilakukan bersama penduduk terutama kawasan masih terjejas bekalan.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) merancang mengadakan lebih banyak pertemuan bersama penduduk di kawasan dibelenggu masalah air, susulan kejayaan langkah sama di Langkawi, baru-baru ini.

Pengerusi SPAN Charles Santiago, berkata walaupun tugas suruhanjaya mengawal selia syarikat air, pihaknya juga memandang berat aduan bagi mendapat akses air terawat, yang mana disifatkannya sebagai hak asasi.

Santiago berkata, SPAN berhasrat menjadi pengantara dalam menyelesaikan masalah didepani pengguna.

“Ini adalah dasar campur tangan, di mana kami membawa pihak terjejas, penyedia perkhidmatan air dan SPAN bagi berbincang. Kami bukan sahaja kawal selia industri, bahkan untuk memastikan industri memberi khidmat demi kepentingan rakyat,” katanya kepada FMT.

Baru-baru ini, SPAN mengadakan lawatan di estes di Kisap, Langkawi, yang mana hampir 3,000 penduduk berdepan masalah gangguan air tidak berjadual, selain mendapat akses air bersih selama dua tahun.

Gangguan air mengakibatkan kesulitan kepada satu keluarga melaksanakan upacara pengebumian, kata Santiago.

Beliau berkata, penduduk tidak mendapat bekalan air pada Deepavali bagi tahun kedua berturut-turut, membawa kepada protes di hadapan pejabat syarikat pembekal air Kedah, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada).

Pengerusi SPAN Charles Santiago.

Santiago berkata, Sada sebelum ini memohon diberi tempoh menyelesaikan masalah bekalan, namun “sebulan menjadi dua bulan dan dua bulan menjadi dua tahun”.

Katanya, perbincangan bersama penduduk Kisap membawa kepada pertambahan penempatan tangki air dan pembinaan loji rawatan air di kawasan berkenaan.

“Apabila melibatkan air, tiada rundingan – rakyat perlu air untuk hidup,” katanya.

Santiago berharap pertemuan sama akan membantu masyarakat di luar bandar, termasuk mereka yang terpinggir atau mudah terkesan mendapat laluan menyatakan keluhan, selain menghubungkan mereka dengan syarikat bekalan air.

“Sudah 2023, dan tidak dapat diterima masyarakat ini masih berdepan cabaran asas, seperti masalah mendapat akses berterusan terhadap air,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.