Peniaga mi ditikam di Ipoh, polis buru suspek

Peniaga mi ditikam di Ipoh, polis buru suspek

Terdahulu tular rakaman CCTV menunjukkan peniaga di sebuah restoran di Taman Cemerlang Rapat, Ipoh, ditikam dalam kejadian pada 6 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata pisau, menurut polis. (Gambar fail)
IPOH:
Polis giat mengesan seorang lelaki disyaki menikam peniaga mi di sebuah restoran di Taman Cemerlang Rapat, seperti yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6 pagi semalam, mangsa berusia 44 tahun mengalami kecederaan di bahagian perut akibat ditikam dengan pisau oleh suspek yang merupakan pelanggan lelaki tidak dikenali.

“Mangsa berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata, satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata pisau.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Kawalan Daerah IPD Ipoh melalui talian 05-254 2222.

Terdahulu tular beberapa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular dalam media sosial, suspek dilihat berbual dengan mangsa sebelum bertindak menikam perut mangsa dan melarikan diri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.