
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) berkata kejadian berlaku 8.50 malam itu menyebabkan sistem kecemasan telah diaktifkan dengan serta-merta dan tren telah berhenti lama di landasan.
Menurutnya, polis, bomba dan ambulans berada di lokasi kejadian untuk menangani situasi berkenaan.
“Perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas sokongan telah diaktifkan bagi menyokong operasi.
“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian itu.
“Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat daripada kejadian dan kelewatan perjalanan yang berlaku pada malam ini,” katanya dalam kenyataan.