
Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM), banjir kilat berlaku di Kampung Nusa Damai dan Jalan Masai Lama, Pasir Gudang serta Kampung Paya Kenangan di Johor Bahru.
Katanya, kawasan itu mula dinaiki air kira-kira 1.30 pagi tadi.
“Kejadian ini berpunca daripada hujan lebat yang turun melebihi dua jam.
“Sepasukan anggota dari APM Daerah Johor Bahru bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam.
“Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kehilangan harta benda dilaporkan buat masa ini dan pemantauan dari semasa ke semasa terus dijalankan oleh APM,” katanya menurut Harian Metro.
Pusat pemindahan sementara (PPS) juga dijangka akan dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa lokasi.
Sementara itu, orang ramai turut memuat naik gambar keadaan banjir kilat di media sosial, melibatkan Jalan Bunga Mawar, Kampung Maju Jaya, Kempas di sini serta di Jalan Bandar, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.