
Ketua Polis Kedah, Fisol Salleh, berkata individu 43 tahun itu yang mengajar di sekolah agama di Kulim ditahan di rumahnya pada 10 malam Khamis.
Setakat ini, katanya lima laporan polis diterima berhubung kenyataan guru itu, masing-masing satu di Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu, Kulim dan Padang Terap.
Beliau berkata, suspek direman hingga 4 Dis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Katanya siasatan sudah diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
“Polis turut merampas telefon bimbit suspek untuk membantu siasatan,” katanya menurut Harian Metro di IPD Kubang Pasu.