Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif diluluskan

Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif diluluskan

Kertas Putih dibentangkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli diluluskan selepas 18 Ahli Parlimen berbahas di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat meluluskan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif selepas dibahas 18 Ahli Parlimen. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini diluluskan menerusi undian suara.

Kertas Putih yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli itu diluluskan selepas 18 Ahli Parlimen berbahas di Dewan Rakyat.

Ketika menggulung, Rafizi berkata keputusan supaya Kementerian Ekonomi membentangkan kertas putih itu Dewan Rakyat supaya secara rasmi dapat direkodkan.

“Sedangkan program ekonomi seperti ini tidak perlu punca kuasa Parlimen sedangkan ini adalah projek pembangunan dan peningkatan kapasiti ekonomi.

“Oleh kerana Jemaah Menteri dan saya sendiri berpandangan kita perlu keseluruhan tumpuan negara untuk bercakap mengenai gaji,” katanya.

Rafizi juga berkata kesemua pembahas daripada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang tidak ada yang membangkang kertas putih itu.

“Saya tengok ke semua tak ada membangkang dan (semua beri) sokongan (dalam) dewan ini.

“Jika nak cakap pasal gaji tentu ada pandangan yang berbeza-beza,” katanya.

Sistem gaji progresif merupakan peralihan daripada model pemberian upah minimum kepada kenaikan gaji secara berperingkat dan berfasa supaya ia setanding dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Projek perintis dijangka bermula Jun tahun depan dan kerajaan akan menilainya selepas empat bukan untuk menentukan hala tujunya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.