
Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Shahidan Kasim (PN-Arau) bertanyakan menteri kesihatan mengenai langkah drastik bagi mengekang kes denggi pada sesi soal jawab.
Sabri Azit (PN-Jerai) pula bertanyakan langkah pencegahan bagi memastikan jangkitan cacar monyet yang dilaporkan telah wujud di Malaysia, tidak menular seperti virus COVID-19.
Dalam sesi sama, Zahari Kecik (PN-Jeli) meminta menteri dalam negeri menyatakan langkah proaktif kementerian itu bagi menjamin kebajikan pesara polis seluruh negara sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka.
Selain itu, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bertanyakan menteri pembangunan usahawan dan koperasi mengenai perancangan dalam mempertingkatkan bilangan usahawan serta bantuan untuk memajukan usahawan bumiputera.
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang bermula 9 Okt lepas dijadual berakhir Khamis ini.