Daftar, tebus e-kredit RM100 mulai 4 Dis

Daftar, tebus e-kredit RM100 mulai 4 Dis

Ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Individu layak boleh mendaftar dan menuntut e-kredit tunai RM100 sehingga 20 Feb depan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Pendaftaran dan tuntutan kredit eMadani, iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 sekali bayar akan dibuka mulai Isnin ini hingga 20 Feb depan, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Menteri kewangan berkata, ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Bantuan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40 diumumkan Anwar semasa melancarkan kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.