
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada lelaki 42 tahun terbabit dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri seorang daripada lima lelaki berkenaan.
Lelaki itu cedera di kepala, muka dan paha kiri.
Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan pada 1 tengah hari daripada seorang saksi memaklumkan ternampak sekumpulan lelaki memukul seorang lelaki.
Katanya, polis kemudian menahan enam lelaki berusia 16 hingga 42 tahun.
“Hasil siasatan mendapati kumpulan individu itu bertindak demikian kerana lelaki terbabit dikatakan menjalin hubungan dengan isteri kepada seorang daripada suspek berusia 33 tahun,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, tiada sebarang senjata digunakan dalam kejadian itu dan lima daripada lelaki ditahan terbabit mempunyai rekod jenayah serta dadah, kecuali remaja 16 tahun.
“Lelaki yang dibelasah itu mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah. Semuanya mengenali satu sama lain dan hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada yang ditahan, termasuk yang dibelasah itu, positif dadah, manakala tiga lagi negatif.
Beliau berkata, semuanya direman empat hari, kecuali remaja terbabit direman sehari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.