Bekas ketua kampung didenda perakui tuntutan palsu bantuan banjir

Bekas ketua kampung didenda perakui tuntutan palsu bantuan banjir

Abdul Wahab Idris, 64, didenda RM5,000 atas kesalahan memperakui dan menandatangani borang mengandungi nama anaknya, yang tidak layak menerima bantuan.

Abdul Wahab Idris, 64, mengaku bersalah setelah tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Azhar Othman hari ini. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang bekas pengerusi jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPPK) didenda RM5,000 di Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah mengemukakan borang bantuan banjir dengan maklumat palsu tahun lepas.

Abdul Wahab Idris, 64, mengaku bersalah setelah tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Azhar Othman, lapor Sinar Harian.

Tertuduh didakwa didakwa menipu pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan memperakui dan menandatangani borang pengesahan daftar nama penerima bantuan ihsan mengandungi nama anaknya, yang tidak layak menerima bantuan.

Abdul Wahab didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 417 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut mengarahkan Abdul Wahab dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mariah Omar manakala tertuduh diwakili Nurul Najmi Adila Md Nasir selaku peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.