
Menteri Besar Sanusi Nor berkata pihaknya turut membuat ketetapan menolak permohonan projek kuari baharu di Baling.
Katanya keputusan itu membabitkan semua kelulusan sedia ada bagi projek kuari batu kapur, granit dan pasir yang diluluskan kerajaan negeri sebelum ini.
“Saya ingin maklumkan identiti Baling telah ditetapkan sebagai daerah eko-pelancongan. Maka, kita akan pertimbang dan tangguh sebarang projek yang boleh menjejaskan perancangan itu seperti permohonan kuari.
“Baling ini kaya dengan permohonan kuari, antaranya melibatkan batu kapur, granit dan pasir. Kalau permohonan baharu ditolak, manakala permohonan telah diluluskan ditangguhkan untuk dicari ganti di tempat lain, khususnya kawasan tumpuan dan gua.”
Katanya menurut Sinar Harian ketika menjawab soalan Najmi Ahmad (PAS-Kupang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.
Beliau berkata, tindakan itu bagi memastikan tarikan pelancongan tidak terjejas dengan projek ekonomi perseorangan ataupun syarikat sehingga mendatangkan kesan negatif kepada daerah itu.