
RUU itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali ketiga RUU berkenaan oleh Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, menurut Bernama.
RUU itu yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 13 Okt itu melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.
Daripada jumlah peruntukan belanjawan yang bertemakan “Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat” itu, sebanyak RM303.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan, manakala RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.