‘Masih lemah’, kerajaan digesa pantas jawab kritikan

‘Masih lemah’, kerajaan digesa pantas jawab kritikan

Tahap penjelasan kerajaan terhadap sesuatu isu ketika ini masih lemah.

Perwakilan PKR Perak Wong Chai Yi berkata kerajaan harus memberi penerangan lebih cepat, bukan sahaja daripada perdana menteri malah barisan Kabinet juga.
PUTRAJAYA:
Perwakilan PKR Perak menggesa kerajaan perpaduan segera membuat penjelasan terhadap kritikan yang diterima.

Wong Chai Yi berkata, tahap penjelasan kerajaan terhadap sesuatu isu ketika ini masih lemah.

“Apabila kerajaan perpaduan membuat keputusan tidak popular, yang kontroversial, atau divisive (pertikaian), kerajaan masih bertindak lembab dalam ‘damage control’.

“Kita perlu faham dalam politik kini, persepsi adalah segalanya. Pimpinan kita harus memberi penerangan, pencerahan, penjelasan lebih cepat, padu dan konsisten, bukan sahaja daripada perdana menteri…dan barisan Kabinet juga,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden pada Kongres PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Beliau berkata, apabila pencerahan sesuatu isu tidak dibuat dengan pantas maka ia akan mengakibatkan anggota parti akan “keliru” untuk menjawab soalan dikemukakan rakyat.

“Lebih-lebih lagi kita dalam zaman media sosial ini, kita terpaksa bersaing dengan masa supaya info yang tepat disampaikan kepada rakyat terlebih dahulu sebelum dipersoalkan oleh pihak pembangkang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.