Zahid dalam tempoh rehat selepas pembedahan

Zahid dalam tempoh rehat selepas pembedahan

Timbalan perdana menteri berkata beliau dinasihatkan doktor untuk berehat sebelum kembali bertugas.

Zahid Hamidi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau selepas menjalani pembedahan baru-baru ini. (Gambar Instagram)
KUALA LUMPUR:
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata beliau kini dalam tempoh berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor, sebelum kembali bertugas.

Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah memberitahu perkara itu menerusi catatan di Facebook.

Timbalan perdana menteri turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan serta menempatkan kita semua dalam rahmat dan kasihNya,” katanya.

Pada Ahad anak Zahid, Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.