
Katanya, ia turut menggeledah premis Aman Palestin untuk mendapatkan dokumen berkaitan kewangan serta pengurusan operasi sejak lima tahun lalu.
Agensi antirasuah itu berkata, keterangan beberapa saksi penting sudah diambil.
“Hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta
yang disalurkan bagi tujuan selain objektif penubuhan syarikat berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
SPRM berkata, siasatannya dimulakan 17 Okt lalu bagi kesalahan bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos lalu meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) tidak membenarkan Tabung Aman Palestin mengutip derma di premis agama Islam negeri itu.
Beliau menyuarakan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana Aman Palestin serta menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara itu. Justeru, JAIPs menangguhkan pengumpulan dana oleh Aman Palestin di Perlis bermula 12 Okt lalu sehingga siasatan selesai.