Shahidan mahu Sim mohon maaf atas catatan berkait poligami

Shahidan mahu Sim mohon maaf atas catatan berkait poligami

Sim Tze Tzin didakwa menggambarkan seolah poligami ajaran PAS, dalam catatan X yang telah dipadam.

Shahidan Kassim berkata satu usul akan dibuat untuk merujuk Sim Tze Tzin ke jawatankuasa Parlimen sekiranya tidak meminta maaf.
KUALA LUMPUR:
Shahidan Kassim (PN-Arau) menggesa Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) memohon maaf atas catatan media sosial beliau yang didakwa menggambarkan seolah poligami ajaran PAS.

Shahidan berkata satu usul akan dibuat untuk merujuk Sim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, sekiranya beliau tidak minta maaf dan menarik balik kenyataannya, walaupun semalam dia telah memadam catatan di X itu.

“Walaupun dia dah padam, dia kena minta maaf sebab dia keluarkan kenyataan ini. Kalau tak buat, saya akan bawa usul. Minta tarik balik,” katanya di Dewan Rakyat petang tadi.

Media melaporkan Sim menulis di media sosial bahawa Ahli Parlimen PAS menentang konsert kumpulan antarabangsa namun bersetuju dalam soal poligami.

Catatan itu mengundang bidasan daripada Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mengingatkan bahawa poligami dibenarkan oleh syarak.

Beliau juga dilapor berkata PAS tidak menentang konsert tetapi promosi nilai yang bercanggah dengan dasar negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.