
Bekas ketua menteri Sabah berkata, selagi Perikatan Nasional (PN) dipimpin Pengerusi Muhyiddin Yassin, gabungan itu bukan ancaman serius kepada Anwar yang menerajui kerajaan perpaduan.
“PN tidak akan mendapat sokongan rakyat dan juga pihak politik lain selagi Muhyiddin menjadi pengerusinya.
“Ini penilaian saya setelah menganalisis situasi politik semasa serta berbincang dengan pelbagai ahli politik,” kata bekas menteri persekutuan di Facebook.

Sementara itu, Salleh berkata kritikan pembangkang terhadap Anwar dilihat tidak memberi kesan kerana PN dilihat lemah dari segi politik dalam parti dan gabungannya.
“Saya percaya PAS sedar sepenuhnya tentang kekurangan kepimpinan Muhyiddin serta sokongan rakyat.
“Anwar boleh lebih yakin dengan fakta dan Umno serta kebanyakan parti politik di Malaysia tidak akan sekali-kali menyertai PN. Sebab utamanya ialah Muhyiddin,” katanya.