Warga emas maut motosikal masuk gaung

Warga emas maut motosikal masuk gaung

Mangsa 70 tahun itu menunggang Yamaha LC dalam kemalangan kira-kira 7 malam itu.

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa selepas motosikalnya terjunam ke gaung dekat KM8 Jalan Beting-Kampung Parit Tinggi di Kuala Pilah. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang warga emas maut selepas motosikalnya terjunam ke gaung dekat KM8 Jalan Beting-Kampung Parit Tinggi, Kuala Pilah, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Pilah, Amran Mohd Gani berkata lelaki 70 tahun terbabit menunggang Yamaha LC dalam kemalangan kira-kira 7 malam itu.

Ketika kejadian, katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menghala Kampung Parit Tinggi.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas ke sebuah gaung bersungai di tempat kejadian,” katanya menurut Berita Harian.

Amran berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa keluar anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah serta Seri Menanti.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Pilah untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.