‘Tanya Muhyiddin kenapa pindah J-Kom ke JPM’, Teo beritahu PN

‘Tanya Muhyiddin kenapa pindah J-Kom ke JPM’, Teo beritahu PN

Teo Nie Ching berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Mei 2021 membuat keputusan memindahkan J-Kom.

Teo Nie Ching berkata kerajaan Perikatan Nasional memindahkan J-Kom ke Jabatan Perdana Menteri. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Dewan Rakyat diberitahu Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Mei 2021.

“Menteri masa itu Indera Mahkota (Saifuddin Abdullah).

“Saya rasa mungkin soalan ini sesuai ditujukan kepada kedua-dua Ahli Parlimen ini (Muhyiddin dan Saifuddin),” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Teo tidak menjawab cadangan dibangkitkan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang mengesa J-Kom dipindahkan dari JPM ke Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Ini kerana agensi berkenaan dilihat kurang berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan menimbulkan kontroversi membabitkan bekas ketua pengarahnya Mohammad Agus Yusoff yang meletak jawatan minggu lalu.

Pada 2020, Saifuddin yang ketika itu menteri komunikasi dan multimedia mengumumkan penjenamaan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) kepada J-Kom.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.