
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter.
“(Harga dikekalkan) walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga semasa. harga siling,” menurut kenyataan itu.
Tambahnya. kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.