Wanita dakwa diganggu seksual ketua agensi kerajaan

Wanita dakwa diganggu seksual ketua agensi kerajaan

Polis Sepang berkata Bukit Aman sedang menyiasat dakwaan itu.

Seorang wanita mendakwa ketua sebuah agensi kerajaan melakukan gangguan seksual menerusi WhatsApp sejak tahun lalu. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
Bukit Aman sedang menyiasat dakwaan gangguan seksual membabitkan ketua sebuah agensi kerajaan.

Seorang wanita berusia 30-an yang juga perunding kewangan membuat laporan minggu lalu mendakwa suspek mengganggunya di WhatsApp sejak tahun lalu.

Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Wan Azran mengesahkan wanita itu sudah membuat laporan.

“Siasatan sedang dijalankan Bukit Aman,” katanya kepada FMT.

FMT turut menghubungi agensi kerajaan terbabit untuk mengulas.

Ini menyusul sekeping gambar didakwa laporan polis dibuat wanita terbabit yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.