
“Sejumlah RM106.93 juta telah digunakan untuk pembayaran penyediaan keperluan pengguna yang berjaya dimuktamadkan dan disempurnakan sebelum penamatan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah).
Saifuddin berkata, kerajaan sedang melaksanakan perolehan tender terbuka pra-kelayakan bagi mengenal pasti kontraktor berkeupayaan tinggi yang mampu memberi pulangan nilai wang kepada kerajaan untuk projek tertangguh itu.
“Kontraktor baharu ini dijangka dapat dilantik selepas proses perolehan secara tender terbuka pra-kelayakan selesai.”
NIISe ialah program dilancarkan KDN untuk menaik taraf sistem infrastruktur teknologi maklumat Jabatan Imigresen. Kontrak empat tahun bernilai RM1.16 bilion itu diberikan kepada IITS bagi tempoh Mac 2021 hingga Ogos 2025.
Tetapi, KDN kemudian memutuskan untuk menamatkan kontrak itu Ogos lalu atas alasan syarikat terbabit tidak berupaya mematuhi jadual perancangan ditetapkan.