Jurutera IT mengaku tak salah hina Islam

Jurutera IT mengaku tak salah hina Islam

Ahmad Feisal Kamil didakwa menghina Islam dalam satu hantaran di Facebook berhubung pendirian agama itu terhadap homoseksual.

Jurutera IT Ahmad Feisal Kamil didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menghina Islam dalam satu hantaran di Facebook pada 10 Jan lalu. (Gambar Pexels)
KUALA LUMPUR:
Seorang jurutera IT mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menghina Islam berhubung pendirian agama itu terhadap amalan homoseksual.

Ahmad Feisal Kamil mohon dibicarakan atas tuduhan menghina Islam dalam satu hantaran di Facebook pada 10 Jan lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalahgunakan kemudahan atau kemudahan rangkaian.

Sekiranya didapati bersalah Feisal boleh dikenakan denda hingga RM50,000, penjara hingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon mahkamah membebaskan Feisal dengan ikat jamin RM20,000.

Bagaimanapun, peguam Feisal, Sufyan Wafiq Zainal, merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana tertuduh satu-satunya pencari rezeki dalam keluarga.

Hakim N Priscilla Hemamalini kemudiannya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 5 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.