Cara mohon rebat motosikal elektrik diumum Disember

Cara mohon rebat motosikal elektrik diumum Disember

Kerajaan perkenal Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah dalam Belanjawan 2024.

Mekanisme memohon skim rebat untuk motosikal elektrik akan diumumkan pada Disember, kata Menteri Tengku Zafrul Aziz. (Gambar Bikes Republic)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan mengumumkan mekanisme untuk memohon Skim Penggunaan Motosikal Elektrik pada 8 Dis ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.

Skim itu memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.

“Dari segi motosikal elektrik, kita akan lancarkan pada 8 Dis ini macam mana nak mohon insentif yang diberi kepada kenderaan elektrik (EV) dua roda seperti diumumkan perdana menteri.

“Kita akan beri pencerahan kepada pembeli motosikal EV yang layak bagaimana dapat memohon untuk bantuan tunai ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kenderaan smart #1 di sini, pada Selasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.