
Dalam hantaran di aplikasi X, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman berkata tidak ada langsung yang kelihatan setakat 10.30 pagi menyebabkan soalan dikemukakan mereka tidak perlu dijawab.
“Katanya mereka di Putrajaya. Mereka yang mempunyai soalan dikemukakan (untuk sesi soal jawab) sepatutnya tinggal. Rugi soalan mereka terpaksa dilangkau,” kata Ahli Parlimen Pakatan Harapan itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan menyatakan tiada seorang pun Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berada di dewan rakyat setakat 10.52 pagi.
“Semua soalan mereka dalam agenda tidak ditanya. Mereka juga kehilangan peluang untuk bertanya soalan tambahan,” katanya.
Tambahnya, sebenarnya sukar bagi Ahli Parlimen untuk menjawab soalan mereka secara lisan di Dewan Rakyat, memandangkan hanya ada masa untuk 10 soalan dijawab. Selebihnya dijawab dalam jawapan bertulis.
Awal hari ini, lebih 1,000 orang berkumpul di luar Istana Kehakiman di Putrajaya untuk “menyokong dan mempertahankan” Mahkamah Syariah, dengan ramai tokoh pembangkang hadir.
Antara Ahli Parlimen yang hadir adalah ketua pembangkang Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin.