
Sehubungan itu, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa tidak perlu mempertikaikan bantahan menyelamatkan undang-undang syariah digerakkan Perikatan Nasional (PN) kini.
Pada 11 Nov lalu, Mujahid mempersoalkan mengapa PN seakan-akan baru menunjukkan keprihatinannya terhadap isu itu sedangkan notis usul berkenaan difailkan pada 25 Mei 2022 manakala petisyen pula Oktober tahun sama.
Ketika itu, PAS menjadi sebahagian kerajaan yang dibentuk bersama PN, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum dibubarkan pada Oktober untuk memberi laluan kepada PRU15.
“Kenapa pertikaikan kami yang sebelum ini yang tak tahu pun. Isu dia sebenarnya semua pihak tidak pun.
“Apa jelas (sekarang sedang) dibicarakan buat waktu ini,” kata Tuan Ibrahim yang turut mempertikaikan mengapa Mujahid tidak berbuat sesuatu selepas mengetahui enakmen berkenaan ingin dicabar.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu ditemui selepas menghadiri Himpunan Selamatkan Syariah di Istana Kehakiman, iaitu sempena pendengaran kedua petisyen berkenaan hari ini.
Kira-kira 1,000 orang berkumpul pada himpunan itu bersama pimpinan PN, namun Presiden PAS Abd Hadi Awang tidak hadir di sebalik pemberitahuan kehadirannya secara meluas di media sosial.
Tuan Ibrahim juga menyatakan rasa kecewa kerana Amanah dan parti lain daripada Pakatan Harapan (PH) dan BN tidak menghadiri himpunan itu untuk membantah
Pada 25 Mei tahun lalu, Nik Elin bersama anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman telah memfailkan petisyen bagi menyemak semula 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen tersebut terhadap kerajaan Kelantan.
Dua beranak itu mendakwa 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan bertindan dengan undang-undang persekutuan yang turut meliputi kesalahan sama.
Peruntukan itu antara lain ialah memusnahkan tempat ibadat, pelacuran dan pelbagai kesalahan seksual lain, termasuk homoseksual, memberi keterangan palsu serta pemalsuan dokumen.