Kesihatan Zahid baik selepas pembedahan, kata Nurul Hidayah

Kesihatan Zahid baik selepas pembedahan, kata Nurul Hidayah

Anak perempuan Zahid Hamidi itu berkata bapanya menjalani pembedahan pada Khamis lalu selepas beberapa kali tertangguh.

Nurul Hidayah berkata, bapanya Zahid Hamidi menjalani satu prosedur pembedahan pada Khamis lalu selepas beberapa kali tertangguh kerana kekangan masa dan jadual yang padat.
KUALA LUMPUR:
Keadaan kesihatan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi baik, selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan Khamis lalu.

Anak perempuan Zahid, Nurul Hidayah yang memaklumkan perkembangan itu dalam catatan di Instagram, berkata beliau amat menghargai keprihatinan dan doa daripada semua pihak.

“Alhamdulillah abah saya sihat setelah menjalani satu prosedur pembedahan pada hari Khamis lepas, yang seharusnya dilakukan lebih awal lagi, (namun tidak dapat) kerana kekangan masa dan jadual yang padat.

“Bagi kami sekeluarga, inilah masa yang sebaiknya kami gunakan untuk bersama menyantuni abah, menjadi sumber semangat abah untuk kembali pulih dan sihat agar dapat meneruskan khidmat kepada negara,” katanya.

Nurul Hidayah berkata Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Semoga segala pengorbanan dan perkhidmatan abah kepada agama, masyarakat dan negara keseluruhannya selama ini, Allah gantikan dengan pahala yang berlipat ganda,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih.

Semalam tular di media sosial mengenai kesihatan Zahid.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.