Guna gambar dalam iklan, Noor Hisham mahu saman

Guna gambar dalam iklan, Noor Hisham mahu saman

Bekas ketua pengarah kesihatan itu berkata perbuatan syarikat menjual herba tradisional Cina itu sebagai 'pemasaran tidak bertanggungjawab'.

Bekas ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata menggunakan gambar beliau untuk penjualan teh herba tradisional sebagai tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.
PETALING JAYA:
Bekas ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menuduh sebuah syarikat menjual herba tradisional Cina mengamalkan “pemasaran tidak bertanggungjawab” apabila menggunakan nama dan gambar beliau untuk mempromosikan produk mereka.

Noor Hisham berkata beliau kemungkinan akan menyaman syarikat kesihatan tersebut.

Dalam satu hantaran di media sosial X, Noor Hisham memuat naik gambar keratan akhbar yang memaparkan gambar beliau dan dikaitkan dengan satu artikel berkaitan kebaikan teh herba.

Menganggap perbuatan itu sebagai memalukan, Noor Hisham berkata, beliau “tiada pilihan selain mengheret syarikat itu ke mahkamah”.

“Berapa jumlah pampasan saya harus tuntut daripada syarikat ini?. Sekiranya menang, sekurangnya saya boleh kongsikan wang itu kepada NGO,” katanya.

Noor Hisham terkenal selepas menjadi jurucakap kerajaan ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Apabila seorang pengikutnya di laman sosial berkata artikel itu berdasarkan ucapan yang dibuat beliau ketika pandemik, Noor Hisham menegaskan: “Ianya sesuatu yang mengelirukan apabila mengaitkan (ucapan beliau) dengan produk yang dijual syarikat itu”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.