Abang ‘sabit’ adik hingga mati

Abang ‘sabit’ adik hingga mati

Polis berkata mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak.

Polis berkata suspek direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki melibas adiknya dengan sabit hingga mati selepas bertengkar dalam kejadian di Taman Kluang Barat, Kluang.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata kejadian 3.30 pagi semalam membabitkan mangsa, Fu Kui Fatt, 42, dan abangnya berusia 44 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah Kui Fatt dan berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik itu.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan Kui Fatt menggunakan sabit dalam pergaduhan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) menggunakan ambulans.

“Bagaimanapun, kira-kira 2.30 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak,” katanya dalam kenyataan menurut Kosmo.

Beliau berkata, suspek ditahan kira-kira 2.30 petang semalam dan direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.