128 mangsa banjir Kedah, Perak masih di PPS

128 mangsa banjir Kedah, Perak masih di PPS

Situasi banjir di kedua-dua negeri itu tidak berubah sejak semalam.

Seramai 128 mangsa banjir di Kedah dan Perak masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Situasi banjir di Kedah dan Perak kekal seperti malam semalam dengan seramai 128 penduduk masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir ditempatkan di dua PPS iaitu masing-masing di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu, kekal 26 orang daripada lima keluarga, setakat 8 pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Suhaimi Mohd Zain dalam kenyataan, berkata di Kota Setar, enam sekeluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah manakala di Kubang Pasu, 20 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di SK Malau.

Beliau berkata semua mangsa akan dibenarkan pulang sekiranya banjir di kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya hari ini.

Sementara itu, di Perak seramai 102 penduduk daripada 29 keluarga masih berlindung di empat PPS membabitkan tiga daerah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan di Hilir Perak, 18 individu daripada lima keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala di Kerian, PPS SK Changkat Lobak menempatkan 18 orang daripada tiga keluarga dan PPS SK Alor Pongsu dengan 57 orang daripada 19 keluarga.

Di daerah Kinta pula, jumlah mangsa yang berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Taman Meru 2A kekal sembilan orang daripada dua keluarga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.