
Menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan keluarganya, syarikat utiliti itu turut mengingatkan orang awam supaya tidak menceroboh kawasan pencawang kerana ia berbahaya dan merupakan kawasan terlarang.
“Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca sebenar kejadian.
“Orang ramai perlu mengelak dari memasuki kawasan ini tanpa kebenaran,” menurut syarikat itu di Facebook.
Media semalam melaporkan kanak-kanak lelaki itu melecur kira-kira 80% badannya akibat terkena renjatan elektrik apabila memasuki bilik jana kuasa TNB di Jalan Kampung Bukit, dekat Taman Sri Bayu.
Kanak-kanak itu, yang dipercayai masuk ke bilik jana kuasa tersebut untuk mengambil bolanya, terkena renjatan elektrik.selepas tersentuh peralatan di dalam bilik itu.