Kes budak direnjat elektrik, TNB dan polis tubuh pasukan siasatan

Kes budak direnjat elektrik, TNB dan polis tubuh pasukan siasatan

Mohd Dawisy Zarif Khairi yang melecur sehingga 50% di badan, terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan ditidurkan.

TNB berkata, penubuhan pasukan siasatan dalaman itu selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.
PETALING JAYA:
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan polis menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kes seorang kanak-kanak terkena renjatan elektrik ketika memasuki bilik jana kuasa TNB di Jalan Kampung Bukit, dekat Taman Sri Bayu, Pulau Pinang.

TNB berkata, penubuhan pasukan siasatan dalaman itu selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.

“TNB amat bersimpati dengan nasib kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu yang terkena percikan arka di pencawang elektrik Sri Bayu Bayan Lepas pada Khamis.

“Kami akan menyalurkan segala bantuan, termasuk menanggung kos rawatan dan perubatan diperlukan agar mangsa mendapat rawatan terbaik,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, wakil pengurusan TNB sudah menyantuni ibu bapa mangsa di Hospital Besar Pulau Pinang hari ini dan menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga terbabit.

Mohd Dawisy Zarif Khairi yang melecur sehingga 50% di badan, terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan ditidurkan.

Mangsa dikatakan memasuki fasiliti TNB itu bagi mengambil bolanya dari dalam premis terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.