Jawatan KP J-Kom akan diisi secepat mungkin, kata Fahmi

Jawatan KP J-Kom akan diisi secepat mungkin, kata Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau belum berbincang dengan perdana menteri berhubung calon yang menggantikan Mohammad Agus Yusoff.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata Mohammad Agus Yusoff kini tiada kena mengena lagi dengan kerajaan atau J-Kom. (Gambar Bernama)
SAN FRANCISCO:
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata jawatan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) akan diisi secepat mungkin susulan peletakan jawatan Mohammad Agus Yusoff.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan perpaduan berkata beliau dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusop berhubung perkara itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas khidmatnya dan berkata Agus kini tiada lagi apa-apa kaitan dengan pihak kerajaan atau J-Kom.

“Saya belum bercakap dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim khusus mengenai perkara ini. Saya percaya langkah-langkah untuk mengisi jawatan tersebut akan dibuat secepat mungkin,” katanya kepada media Malaysia pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Agus.

Agus semalam mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ketua pengarah J-Kom kepada perdana menteri pada Rabu.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan di J-Kom yang disandang sejak 2 Feb lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.