Budak OKU maut dipercayai digilis pembajak

Budak OKU maut dipercayai digilis pembajak

Mangsa 11 tahun, Muhammad Aiman Rosli disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa daripada jentera pembajak. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) meninggal dunia dipercayai digilis jentera pembajak di Kampung Sungai Korok, Jitra.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Bustan Karudin berkata, lapan anggota bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan melalui pusat gerakan operasi pada 7.08 malam tadi.

“Sebaik tiba, mangsa Muhammad Aiman Rosli berusia 11 tahun cedera dipercayai digilis pembajak.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan yang hadir di lokasi.

“Pasukan kemudian mengambil tindakan pemantauan keselamatan di lokasi,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.