Pesuruhjaya PAS ketuai blok pembangkang P Pinang

Pesuruhjaya PAS ketuai blok pembangkang P Pinang

Adun Sungai Dua Fauzi Yusoff dilantik ketua pembangkang Pulau Pinang.

Adun Sungai Dua Fauzi Yusoff akan mengetuai blok pembangkang terdiri daripada 11 wakil rakyat.
GEORGE TOWN:
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Yusoff dinamakan sebagai ketua pembangkang negeri, menurut kedudukan kerusi di DUN.

Adun Sungai Dua itu akan mengetuai blok pembangkang terdiri daripada 11 wakil rakyat, dan bakal berhadapan 29 wakil rakyat di blok pemerintah.

PAS menggondol bilangan kerusi terbanyak dalam kalangan pembangkang pada PRN enam negeri lalu, iaitu tujuh kerusi berbanding empat yang dimenangi Bersatu.

Fauzi yang memimpin PAS Pulau Pinang sejak 2015 menewaskan calon Barisan Nasional di DUN Sungai Dua, dengan majoriti 5,509 undi dalam pertembungan satu lawan satu.

Pilihan raya lalu juga menyaksikan Umno kembali ke pangkuan kerajaan, apabila ia menyumbang dua kerusi untuk kerajaan perpaduan.

Tirai DUN Pulau Pinang akan dibuka esok, manakala belanjawan negeri akan dibentangkan pada 24 Nov.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.