IPCC berfungsi sepenuhnya awal tahun depan, kata timbalan menteri

IPCC berfungsi sepenuhnya awal tahun depan, kata timbalan menteri

SOP dan proses berkaitan pelaksanaan RUU IPCC 2020 akan ditentukan selepas pelantikan jawatankuasa dimuktamadkan.

IPCC ditubuhkan untuk meningkatkan integriti pasukan polis.
KUALA LUMPUR:
Dewan Rakyat hari ini diberitahu Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) akan berfungsi sepenuhnya pada awal tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah berkata, prosedur operasi standard (SOP) dan proses berkaitan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) IPCC 2020 akan ditentukan selepas pelantikan jawatankuasa dimuktamadkan.

“Yang penting kita mengambil kira semua aduan, melakukan penelitian terhadapnya sebaik-baik serta memastikan keadilan diberi,” katanya menjawab soalan Gobind Singh Deo (PH-Damansara) di Dewan Rakyat.

Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU IPCC 2020 untuk mempertingkat integriti pasukan polis, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggotanya, serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis.

Pada 12 Okt lalu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementerian masih dalam proses memilih ahli IPCC yang turut membabitkan perjawatan mahupun tatacaranya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.