Selangor senarai hitam ahli lembaga pengarah projek sakit

Selangor senarai hitam ahli lembaga pengarah projek sakit

Terdapat 176 projek perumahan terbengkalai dikenal pasti di Selangor membabitkan 35,995 unit, antaranya akibat isu tanah dan masalah infrastruktur.

Borhan Aman Shah berkata sekiranya nama pemaju disenaraihitamkan, mereka tidak akan dibenar melaksanakan sebarang pembangunan di Selangor. (Gambar Facebook)
SHAH ALAM:
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini diberitahu kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap pemaju bermasalah dengan menyenaraihitamkan nama ahli lembaga pengarah terbabit projek rumah terbengkalai.

Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri, Borhan Aman Shah, berkata 176 projek perumahan terbengkalai dikenal pasti di negeri itu membabitkan 35,995 unit, antaranya akibat isu tanah dan masalah infrastruktur.

Beliau berkata, kerajaan mendapatkan nama itu daripada Suruhanjaya Syarikat yang kemudian diedarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Melalui sistem pendaftaran pemaju di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, pemaju diwajibkan berdaftar sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kebenaran merancang diluluskan PBT.”

Beliau menjawab soalan Jamil Salleh (PN-Dengkil) mengenai statistik projek terbengkalai dan tindakan terhadap pemaju.

Borhan berkata, sekiranya nama pemaju disenaraihitamkan, pemaju terbabit tidak akan dibenar melaksanakan sebarang pembangunan di negeri itu.

“Ini termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah, walaupun mereka hanya berperanan seorang daripada pemilik syer bawah nama syarikat pemaju lain.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.