
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Selangor memaklumkan empat PPS terakhir di negeri itu ditutup.
PPS berkenaan Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, dan Dewan Orang Ramai Dengkil di Sepang, serta Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang di Kuala Langat.
Di Perak, jumlah mangsa banjir berkurangan iaitu 349 penduduk daripada 103 keluarga berbanding 423 penduduk daripada 127 keluarga pagi tadi, yang masih ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan di Hilir Perak, 169 orang daripada 50 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan seramai 66 orang daripada 22 keluarga.
“Di PPS Dewan Serbaguna Chikus pula menempatkan seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga.
“Mangsa banjir di Kerian pula berkurangan kepada 23 orang daripada empat keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, dan mangsa di PPS SK Alor Pongsu masih kekal iaitu 57 orang daripada 19 keluarga,” katanya dalam kenyataan.