
Di Selangor, seramai 192 penduduk daripada 49 keluarga masih berada di empat PPS berbanding 225 orang daripada 58 keluarga yang dilaporkan malam tadi.
Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan empat PPS yang masih beroperasi terdiri daripada Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, SMK Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dengkil di daerah Sepang, serta Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang di Kuala Langat.
Di Perak, jumlah mangsa semakin berkurangan dengan 423 penduduk daripada 127 keluarga, berbanding 432 orang daripada 130 keluarga malam tadi, yang masih ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan di Hilir Perak, 169 orang daripada 52 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.
Sementera itum PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan menempatkan seramai 70 orang daripada 24 keluarga.
“Seramai 40 mangsa daripada 11 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Chikus,” menurut kenyataan itu.
“Mangsa banjir di daerah Kerian pula berkurang kepada 87 orang daripada 21 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga masih kekal berlindung di PPS SK Alor Pongsu.”