2 kapal layar rosak diseret bot Indonesia

2 kapal layar rosak diseret bot Indonesia

Kejadian di Royal Selangor Yacht Club itu akibat kerosakan enjin mengejut bot itu.

Dua kapal layar rosak akibat dirempuh bot ‘barter trade’ dari Indonesia yang mengalami kegagalan enjin.
PETALING JAYA:
Dua kapal layar rosak akibat diseret sebuah bot “barter trade” dari Indonesia, dalam kejadian di jeti Royal Selangor Yacht Club, di Pelabuhan Klang pagi tadi.

Timbalan Pengarah Maritim Selangor Sharenliza Ghazali, berkata dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, enjin bot membawa 15 kru warga Indonesia telah mengalami kerosakan enjin secara mengejut.

“Bot ‘barter trade’ KLM Maulana Hasil Abadi dari Indonesia itu bersama 15 kru warga Indonesia telah mengalami kerosakan enjin secara tiba-tiba apabila bot berkenaan keluar dari Jeti Asa Niaga.

“Akibat masalah berkenaan, bot telah hilang kawalan lalu merempuh jeti Royal Selangor Yacht Club,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dengan bot tersebut dibawa ke Jeti Fulsail.

Sharenliza menasihatkan orang ramai dan komuniti maritim agar sentiasa mementingkan keselamatan diri dan memeriksa keadaan bot agar tiada kerosakan.

Katanya, sebarang laporan kecemasan atau insiden di perairan Selangor, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-321760627 atau MERS 999.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.