Tol percuma sempena Deepavali

Tol percuma sempena Deepavali

Pelaksanaan tol percuma bagaimanapun tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang di Johor.

Tol percuma akan diberikan kepada semua kelas kenderaan mulai 12.01 tengah malam 11 Nov hingga 11.59 malam 12 Nov ini.
PETALING JAYA:
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Deepavali pada Ahad ini.

Beliau berkata, semua kelas kenderaan akan menikmati tol percuma bermula 12.01 tengah malam 11 Nov (Sabtu) hingga 11.59 malam 12 Nov ini (Ahad).

Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

“Ini juga selari dengan hasrat kerajaan perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau berharap pengguna lebuh raya akan merancang perjalanan sebaiknya susulan pemberian tol percuma itu.

Dianggarkan 11.8 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di seluruh negara dalam tempoh dua hari itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.