
Timbalan Speaker Pertama Parlimen Iran, Hamid Reza Haji Babaei pada Khamis berkata Iran telah mula menerima hasil daripada yuran lintasan Selat Hormuz buat julung kalinya, dengan dana berkenaan dipindahkan ke bank pusat negara itu.
“Buat masa ini, kami telah memberikan pengecualian kepada beberapa buah negara, namun saya tidak pasti apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Bagaimanapun, Kementerian Luar kami sedang berusaha untuk melaksanakan pengecualian yang direncanakan bagi negara-negara sahabat, seperti Rusia,” kata duta itu ketika ditanya sama ada Iran memberikan pengecualian terhadap tarif Selat Hormuz.
Iran mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif berkenaan susulan serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel, dengan memetik kos yang berkaitan dengan jaminan keselamatan di Selat Hormuz.
Iran kini telah menutup Selat Hormuz sehingga sekatan laut oleh AS ditarik balik sepenuhnya.
Serangan AS dan Israel terhadap Iran secara efektif telah menyekat Selat Hormuz, yang merupakan laluan utama bagi bekalan minyak dan gas asli cecair dari negara-negara Teluk Parsi ke pasaran global, selain turut menjejaskan eksport serta pengeluaran minyak di rantau berkenaan.