
Eksekutif wanita dalam lingkungan 20an itu disyaki menerima rasuah sebagai balasan membuat pertukaran ejen pengambilan pekerja asing warga Bangladesh melalui sistem komputer dan dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Jun dan Oktober tahun ini, kata sumber SPRM.
Menurut sumber itu, wanita berusia lingkungan 20an itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 5 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.
Wanita itu kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Nov selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.