
Hutang Selangor dengan kerajaan persekutuan ketika ini berjumlah RM19.2 juta yang merangkumi projek bekalan air dan Skim Amanah Saham Selangor (Asas).
Sejumlah RM1.8 juta hutang Asas dan akan dilunaskan.
Baki untuk projek bekalan air akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad.
Amirudin berkata daripada aspek liabiliti hutang kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan, Selangor pada masa ini mempunyai kebebasan kewangan yang cemerlang.
“Selangor berjaya membuktikan tatakelola terbaik dalam menguruskan sumber kewangan tanpa menjejaskan ketangkasan perkhidmatan dalam meningkatkan darjat hidup rakyat,” katanya ketika membentangkan belanjawan negeri 2024.
Amirudin berkata melunaskan hutang kerajaan negeri adalah satu langkah penting ke arah kelestarian dan kestabilan kewangan.