
Menurut kenyataan Jabatan Bomba Sabah, kejadian berlaku pada kira-kira 10 pagi di Kilang Ais Sinaran di Batu 3 di sini.
Katanya, sepasukan 13 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba Sandakan bergegas ke tempat kejadian, terletak kira-kira 1km.
“Mangsa terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, seorang mangsa lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Katanya, pasukan bomba berpakaian lengkap keselamatan bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan, seterusnya melakukan operasi nyahcemar dan sanitasi di seluruh kawasan tersebut.
Menurut kenyataan itu, operasi tamat pada 12.06 tengah hari selepas kawasan itu diisytihar selamat.