
Ketua Polis Kluang Bahrin Mohd Noh berkata, setelah menerima laporan berkaitan kejadian pada 10.37 malam, gerakan mencari suspek dilakukan.
Katanya, kelima-lima lelaki berusia 18 hingga 20 tahun itu ditahan di lima lokasi berasingan di sekitar daerah itu dan Johor Bahru antara 2 petang, Selasa hingga 1 pagi, Rabu lepas.
“Semakan rekod jenayah lampau mendapati dua suspek mempunyai rekod bersabit kes jenayah, manakala saringan ujian air kencing terhadap kesemua mereka didapati negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Mereka direman selama empat hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan balai polis berhampiran atau IPD Kluang melalui talian 07-778 4222 atau Hotline IPD Kluang, 07-776 6822.