Pastikan hak terbela, kerajaan semak semula Akta Orang Asli

Pastikan hak terbela, kerajaan semak semula Akta Orang Asli

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata apa diperlukan Orang Asli bukan sekadar pembangunan.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata isu Orang Asli tidak hanya berkisar kepada pembangunan sebaliknya hak kawasan tanah yang perlu diberikan kepada mereka. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan akan menyemak semula Akta Orang Asli 1954 bagi memastikan hak kaum itu terbela termasuk melibatkan kawasan rayau yang menjadi tempat mereka mencari rezeki.

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, berkata isu Orang Asli tidak hanya berkisar kepada pembangunan sebaliknya hak kawasan tanah yang perlu diberikan kepada mereka.

“Apa diperlukan bukan sekadar soal pembangunan, soal Akta Orang Asli 1954 harus dilihat semula. kita harus menghormati kawasan rayau atau tanah yang menjadi punca rezeki kepada Orang Asli.

“Walaupun kita tahu kawasan rayau kuasa kerajaan negeri tetapi kerjasama sedang dilakukan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dengan negeri kerana kita harus hormati hak Orang Asli,” katanya ketika menggulung Belanjawan 2024 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Menteri kemajuan desa dan wilayah turut mengumumkan Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor dilantik pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Hal Ehwal Orang Asli.

Zahid memaklumkan kementeriannya melalui Jakoa menyasarkan seramai 4,000 anak Orang Asli berjaya memasuki universiti tahun depan.

“Tahun lepas Jakoa sasar 300 orang masuk universiti tapi yang berjaya masuk 350 orang. Saya yakin walaupun tahun depan kita sasar 400 orang, mereka yang akan masuk universiti lebih dari sasaran mencecah 500 orang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.